PERHATIAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA

AWAS BAHAYA

Kepada pengguna jalan raya di Temangan diminta berhati-hati kerana keadaan jalan yang rosak teruk. Kerosakan diakibatkan oleh kenderaan berat yang membawa keluar bijih besi  dari Bukit Besi, Temangan ke Pelabuhan Kuantan.

Pada pagi 4/9/2011, satu kemalangan jalan raya telah berlaku di depan warung Pak Muda Mat Nor,  kawasan hulu masjid Temangan (masjid Mukim Kuala Kerak) melibatkan dua buah kereta. Pertembongan berlaku disebelah kanan jalan menghala ke Machang mengakibatkan remukan yang teruk pada bahagian hadapan kenderaan. Dipercayai, kereta dari Pekan Temangan menghala ke Machang cuba mengelak jalan rosak (air bertakung) dan bertembung dengan kereta dari Machang. Kedua-duanya tersadai tidak dapat bergerak. Kawasan-kawasan yang berisiko tinggi adalah sebelum masjid, selepas lintasan kereta api, kawasan perkuburan cina, Pertok (kawasan tempat bekas perlupusan sampah) dan kawasan Pangkal Chuit (Kg Tengah). Keadaan lebih berbahaya ketika hujan (air bertakung) dan malam hari.