BENGKEL KHAS PEMANTAPAN DAN PRA KEUSAHAWAN SeJIWA

BENGKEL KHAS PEMANTAPAN DAN PRA KEUSAHAWAN SeJIWA

06/10/2012 – Bertempat di Sekolah Kebangsaan Temangan, KRT Daerah Machang telah mengadakan bengkel bagi Jiran Wanita atau ringkasnya ‘SeJIWA’. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YABrs Puan Safidah binti Abu Samah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan.

Tujuan bengkel sebagaimana disebut dalam buku aturcara antaranya:-

Dalam usaha kearah pemantapan serta kefahaman tentang peranan dan tanggungjawab penglibatan wanita dalam kerja-kerja kesukarelaan tanpa mengabaikan tidak kurang pentingnya juga keterlibatan wanita dalam memperkasakan ekonomi maka satu langkah drastik perlu diambil dalam memberikan pendedahan kedua-dua aspek tersebut.

SeJIWA Kawasan Rukun Tetangga Daerah Machang telah mengambil tindakan awal bagi merealisasikan cita-cita serta hasrat murni bukan sahaja KRT Daerah Machang, malah umumnya agenda Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan.

Bengkel tersebut melibatkan semua Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Daerah Machang, Pengerusi Jiran Wanita (SeJIWA) dan ahli jawatankuasa SeJIWA.

Objektif program atau bengkel ini adalah:-

1. Mengeratkan hubungan antara ahli-ahli SeJIWA Daerah Machang dan agensi Jabatan Kerajaan (JaJa)
2. Memperkasakan ahli SeJIWA dalam bidang ekonomi dan sahsiah diri dalam kerje-kerja kesukarelawanan.
3. Memberi kefahaman dasar dan hasrat kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup individu, masyarakat dan Negara kearah pembangunan berdaya saing.
4. Melahirkan modal insan yang beretika murni, berwawasan dan berjiwa patriotism.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s