BELASUNGKAWA

Tanggal 1 September 2012 iaitu sehari selepas rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan, dalam suasana Aidilfitri masuk hari ke 14, satu lagi permata yang menerangi masyarakat Kampung Pauh terutama penghuni Taman Sri Pauh telah hilang dengan kembalinya ke Rahmatullah, Encik Johari bin Yasok selepas mengalami sesak nafas di rumahnya di Taman Sri Pauh. Allahyarham menghembus nafas terakhirnya di Hospital Kuala Krai tatkala muslimin dan muslimat sedang menunaikan solat Maghrib. Allahyarham lebih mesra dengan panggilan Abe Jo oleh golongan muda, manakala golongan lebih dewasa memanggilnya ‘Jo’.
Semasa hayat, Allahyarham banyak menabur jasa kepada peminat sukan terutama bola sepak terutama dikalangan orang-orang muda. Khidmat jasanya meliputi pelbagai aspek dan sanggup mengorbankan masa tanpa mengira keadaan dan masa. Bukan dikalangan golongan lelaki sahaja khidmat diberi sebaliknya tidak kurangan golongan wanita turut meminta khidmat dan pengalaman hingga wujudnya badan sukan golongan wanita seperti tertubuhnya pasukan bola jaring, futsal wanita dan terkini pasukan bola tampar wanita. Walaupun sibuk dengan tugas hakiki sebagai kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, beliau boleh membahagikan masa terluang untuk kerja-kerja NGO dan pernah dilantik sebagai AJK KRT Bandar Temangan, AJK JKKKP Kg Pauh serta AJK GDW Kg Pauh disamping beberapa badan NGO lagi.
Jasa kepada sukan bola sepak untuk belia tempatan amat membanggakan kerana semangat setia kawan dalam bersukan sentiasa ditunjukkan menyebabkan pasukan bola sepak tempatan akur akan nasihatnya. Semoga Allah swt membalas jasa dan budi yang telah diberikan.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerilla pada tengah hari ini (2/9/2012). Semua masyarakat muslimin dan muskimat mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang solleh.
Sekalung TAKZIAH untuk keluarga semoga tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.

Kenangan – Allahyarham sewaktu membantu menyediakan persiapan untuk berbuka puasa di Madrasah Taman Pauh pada 28/7/2012

 Kenangan – Allahyarham bersama jemaah lain sewaktu Aidilfitri 2012

Kenangan – Allahyarham semasa solat Aidilfitri 2012

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s