AIDILFITRI 1433H

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Hari ini, tanggal 19/8/2012 umat Islam di Malaysia telah menyambut Aidilfitri dengan meriahnya.  Ramai-ramai telah mengunjungi madrasah, surau dan masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri.  Madrasah Taman Sri Pauh telah menerima tetamu Allah dalam jumlah yang agak besar lebih kurang 300 orang untuk sama-sama bersolat Aidilfitri berjemaah.  Khutbah disampaikan oleh Khatib Undangan.  Banyak inti pati khutbah untuk diambil iktibar oleh para jemaah.  Antara inti pati yang menyuntik sanubari jemaah ialah:-

“ Perlu disedari bersama bahawa Malaysia bukan Mesir, Malaysia bukan Syria, Malaysia bukan Pakistan, Malaysia bukan Iran.  Malaysia adalah Malaysia dengan segala reality dan cirinya tersendiri.  Pertentangan sebenarnya tidaklah setajam atau sedalam pertentangan berlaku di Timur Tengah atau di tempat-tempat lain.  Keadaan di tanah air kita agak berbeza.  Pertentangan yang berlaku disini masih boleh dirawat, masih terdapat banyak titik pertemuan, persamaan dan pertautan.

Bangsa Melayu pada keseluruhannya adalah umat Islam yang telah menerima Islam sebagai agama pegangan dan anutan.  Mereka semuanya mempunyai sentiment Islam yang kuat.  Sudut pandangan bangsa melayu pada asasnya adalah menurut pandangan Islam sehingga tidak keterlaluan kalau dikatakan, bangsa Melayu sukar dipisahkan daripada Islam, kalau ada pun yang yang terpisah itu hanyalah isu-isu terpencil.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s