REZEKI KITA PEROLEHI

Sebagaimana dalam gambar diatas, itu adalah simbol rezeki Allah swt yang dianugerahkan kepada makhlukNya yang berobjekan manusia. Rezeki diberikan amat berbeza antara seseorang. Allah swt maha adil kerana tetap menganugerahkan rezeki kepada makhlukNya yang ingkar (kufur) termasuk hala cara memperolehi rezeki. Hanya rezeki diperolehi oleh orang yang beriman sahaja amat bermakna dan lebih keberkatanya.. Kita perlu menggerakkan tulang empat kerat untuk mendapatkan rezeki. Bagi yang memperolehi dengan banyak dan melebihi, bersyukurlah dengan rezeki itu dan dalam banyak-banyak itu ada hak untuk orang lain. Islam menetapkan supaya zakat dikeluarkan oleh mereka sedemikian kerana ada kemampuan. Disamping itu, manfaatkan rezeki kita dengan banyak bersedekah. Mereka yang tidak mencukupi syarat berzakat juga digalakkan bersedekah.
Sempena Aidilfitri bakal tiba, kepada perantau yang pulang nanti, apa kata kalau menyumbangkan sedikit rezeki kepada madarasah atau masjid termasuk surau yang menjadi tempat ibadat oleh ibu dan bapa kita di kampung. Setiap kali lepas solat berjemaah, mereka akan mendoakan kemurahan rezeki serta keselamatan untuk anak-anak mereka diperantauan.

N.B. Saya menyeru kepada perantau-perantau dari kampung ini (termasuk diri saya), supaya menyumbangkan untuk mengisi tabung madrasah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s