MAJLIS BERBUKA PUASA

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.


Hari kelapan Ramadhan 1433H bersamaan 28hb. Julai, 2012, hari Sabtu, Madrasah Taman Sri Pauh telah mengadakan majlis berbuka puasa. Kerja-kerja persiapan telah dilakukan oleh komuniti tempatan Taman Sri Pauh bermula pagi Jumaat (perbincangan) hingga majlis selesai sepenuhnya pada hari Sabtu. Tanggungjawab diketuai oleh Encik Shukri bin Nordin, Pengerusi JKKKP Kg Pauh bersama Encik Mohd Salleh bin Abd Rahman, Pengerusi KRT Bandar Temangan yang juga Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kg Pauh. Hasil perpaduan komuniti Taman Sri Pauh, program berjalan dengan lancar. Majlis dimeriahi dengan kunjungan YBhg Datin Nurul Ain binti Mohd Nor (isteri YBhg Datuk Hj Ahmad Jazlan bin Hj Yaakub, Ketua UMNO Bhg Machang) dan YBhg Tuan Hj Azemi bin Mat Zin, Pengarah DUN Temangan serta Encik Che Ab Rahman bin Che Yahya, Penyelaras DUN Temangan. Lebih teruja bagi komuniti disini dengan kehadiran YBhg. Tuan Hj Salleh bin Che Harun, mantan Wakil Rakyat (BN) DUN Temangan yang mempunyai sejarah sendiri dengan wujudnya penempatan Taman Sri Pauh ini.  Beliau yang menerima usul pembangunan dari penduduk disini dengan menerima cadangan seterusnya merancang dan membina perumahan teres 72 pintu dengan didiami 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.  Mengikut katanya, inilah sahaja jasanya yang dapat dilihat di kampung ini selain prasarana lain seperti jalan berturap, bekalan elektrik dan paip air kerajaan.  SMK Temangan adalah satu lagi jasa beliau dan dapat memberi kemudahan untuk belajar bagi anak-anak penduduk dari Kuala Hau dibarat hingga ke Belukar Panjang di utara serta Pertok di timur.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, majlis tahlil telah diadakan. Kesatupaduan dan semangat kerjasama amat diutamakan.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s