JALAN TUTUP ESOK

Jalan ke Pasir Mas ditutup esok
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Julai 2012


Laluan Rantau Panjang ke Pasir Mas, akan ditutup bermula jam 8 pagi hingga 2 petang, esok.

PASIR MAS – Laluan Rantau Panjang ke Pasir Mas, akan ditutup bermula jam 8 pagi hingga 2 petang, esok.

Penutupan jalan ini, akan melancarkan majlis perasmian Mahkamah Pasir Mas, dekat Lebuh Raya Pasir Mas Rantau Panjang.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersama Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faiz Sultan Ismail Petra juga, dijangka berangkat ke majlis tersebut.

Penutupan jalan

KETUA Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, penutupan ini, dilakukan bagi memberi ruang kepada majlis perasmian Mahkamah Seksyen dan Majistret Pasir Mas.

“Laluan Rantau Panjang ke Pasir Mas, akan ditutup bermula dari Simpang Hospital Pasir Mas ke Bulatan Lemal,” katanya.

Namun katanya, laluan dari Pasir Mas ke Rantau Panjang, dibuka seperti biasa, sepanjang bermulanya majlis tersebut.

Empat jalan alternatif

MENURUTNYA, empat laluan alternatif untuk ke Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat dan Kota Bharu akan dibuka, bagi memudahkan perjalanan orang ramai.

“Pemandu boleh menggunakan sama ada jalan di Simpang Tiga Hospital, lencongan Kampung Gaung, Simpang Tiga Masjid Lubok Jong atau jalan ke Kampung Tok Deh, Rantau Panjang,” katanya, semalam.

Beliau berkata, destinasi ke Pasir Mas, pemandu dari Rantau Panjang, boleh memulakan perjalanan ke Simpang Tiga Hospital Pasir Mas Lati, Simpang Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja dan Bulatan Lemal.

Namun katanya, pembukaan laluan alternatif ini, melibatkan kenderaan berat sahaja, iaitu lori dan bas.

Manakala, lain-lain kenderaan untuk ke Pasir Mas, boleh menggunakan lencongan Kampung Gaung, Kubang Badak, Kampung Dangar dan Simpang Tiga Masjid Pasir Mas.

Menurutnya, laluan yang sama juga akan digunakan oleh kenderaan ke Kota Bharu, menerusi Bulatan Lemal ke Jambatan Pasir Mas Salor.

Rantau Panjang ke Tumpat

“PEMANDU boleh menggunakan jalan Simpang Tiga Lubok Jong, Simpang Tiga Pohon Tanjung dan Gelang Mas untuk ke Tumpat.

“Pemandu berdekatan pekan Rantau Panjang juga boleh menggunakan laluan Kampung Tok Deh, Jeram Perdah, Pohon Tanjung dan Gelang Mas,” katanya, semalam.

Selain itu katanya, lencongan Kampung Gaung juga dibuka untuk ke Tumpat, menerusi simpang Kampung Kubang Badak, Simpang Tiga Pohon Tanjung dan Gelang Mas.

Menurutnya, ketiga-tiga laluan ini tidak akan melalui bandar Pasir Mas, sekali gus mengelakkan pemandu daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

21 anggota berkawal

BAGI melancarkan perjalanan katanya, seramai 21 anggota trafik akan bertugas sepanjang tempoh penutupan laluan berkenaan.

“Kita meminta orang ramai memberi kerjasama dan mematuhi arahan polis, berikutan penutupan jalan sementara sempena perasmian Kompleks Mahkamah Pasir Mas terbabit.

“Penutupan jalan selama enam jam ini, hanya bersifat sementara dan pemandu diminta agar bersabar, tidak gopoh serta mengutamakan keselamatan ketika memandu,” katanya, semalam.

Sumber? SH

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s