APA YANG PATUT KITA TAHU.

SMK TEMANGAN

Asal usul_nama Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan telah diasaskan oleh bekas ADUN Temangan iaitu YB Tn. Haji Salleh Bin Che HarunAMN, KMN. Beliau amat prihatin terhadap masalah dan keperluan pendidikan menengah kepada penduduk dalam kawasan DUN Temangan.

Cetusan idaman mereka bermula pada tahun 1981 yang disuarakan dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Temangan. Penat lelah den usaha yang berterusan YB Tn. Hj. Salleh den berkat doa restu penduduk sekitar Daerah Temangan telah membuahkan hasil apabila kunjungan YB Sdr. Anuar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu telah mengumumkan kelulusan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Temangan pada 06 April 1989. Beliau sendiri telah melawat tapak cadangan sekolah pada hari itu juga. Akhirnya impian penduduk menjadi kenyataan apabila sebuah sekolah menengah yang dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan siap untuk menerima pelajar sulungnya pada 1 Disember 1995.

Sebab-sebab Nama Itu Dipilih

Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan diambil bersempena dengan nama Daerah Temangan yang menjadi tapak sekolah ini. Ia terletak di kawasan seluas 15.2 ekar di Mukim Kerak, Daerah Temangan Tengah, Machang, Kelantan. Begitu juga dengan nama asal permohonan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya tidak berasingan dengan nama Sekolah Kebangsaan Temangan yang telah lama wujud di Daerah Temangan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan menerima pelajar sulungnya pada 1 Disember 1995 dan pengesahan secara rasminya oleh Jabatan Pendidikan Kelantan pada 1 Januari 1996.

Sumber: http://azizyusoft.tripod.com/SMKTKu.htm

Nota: Tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan terletak di Kampung Pauh, Temangan, Kelantan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s