PEJABAT POS TEMANGAN

Terasa kesedihan oleh penduduk apabila melewati bangunan bersejarah ini yang telah menyumbang bakti dan perkhidmatan sejak 8 September 1957 iaitu beberapa hari selepas tarikh keramat kemerdekaan.  Kesedihan kerana khidmatnya telah tidak diberikan lagi.  Entah siapa punya angkara.

Kalau disoal-tanya kepada penduduk, pastinya mereka  tidak rela bangunan ini ditutup dan perkhidmatannya dihentikan. Jika disoal-tanya lagi, pastinya mereka minta supaya ianya dikembalikan semula kepada masyarakat yang memerlukan perkhidmatan yang diurus-tawar olehnya.  Contohnya, sekadar mengeluarkan wang ASB berjumlah kurang RM200.00 tidak perlu ke bandar Machang atau Tanah Merah atau Kuala Krai yang pasti memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit.  Begitu juga menguruskan transaksi pos yang lain seperti wang pos atau kiriman wang yang jumlahnya kecil,  tidaklah memerlukan penduduk untuk menyusahkan diri.  Penduduk tempatan faham walaupun agensi berkenaan menyediakan Pos Bergerak tetapi ianya terikat dengan jadual yang telah ditetapkan sekali gus turut membebankan rakyat sebagai pengguna.

Kini ianya hanya menjadi catatan sejarah, apabila struktur bangunannya runtuh atau akan diambil alih oleh agensi lain.  Hanya tatapan melalui stem peringatan sahaja sebagai catatan sejarah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s