BERITA KAMPUNG

PERGI TAK AKAN KEMBALI

Masyarakat Kampung Pauh khususnya penghuni Taman Sri Pauh merasai kesedihan diatas pemergian seorang jiran yang banyak berjasa walau pun bertaraf Orang Kelainan Upaya (OKU). Beliau adalah Encik Ismail bin Jusoh yang pergi buat selama-lamanya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 6/12/2011 (malam) di Hospital Machang kerana sesak nafas (semput). Semasa hayatnya, Allahyarham banyak memberi perkhidmatan kepada masyarakat iaitu menjaja menggunakan motosikal roda tiga. Sikap berdikari patut dicontohi kerana kegigihannya berniaga (menjaja) walau pun terpaksa bertongkat dan menggunakan kenderaan (motosikal) roda tiga. Allahyarham juga tidak kedekut menyumbang tenaga dalam kerja-kerja amal bila diperlukan walau pun seorang OKU terutama ketika aktiviti masyarakat kampung. Allahyarham sanggup dan dengan rela hati menggunakan motosikal roda tiga untuk mengangkut barang-barang atau peralatan sewaktu program gotong royong. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Allahyarham semasa hayatnya, amat setia dengan motosikal roda tiga yang banyak membantu pergerakannya.

Takziah untuk keluarga Allahyarham dari kami pemimpin tempatan serta warga Kg Pauh dan Taman Sri Pauh.  Tabahkan hati serta redha akan ketentuanNya.    Al-Fatihah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s