PROGRAM KAMPUNG

MAJLIS SUKANEKA PLKN BERSAMA KOMUNITI 1MALAYSIA KG PAUH DAN RAKAN CEGAH JENAYAH DAERAH MACHANG

Tanggal 18/11/2011, bertempat di Sekolah Kebangsaan Temangan program komuniti dinamakan Majlis Sukaneka PLKN bersama Komuniti 1Malaysia Kg Pauh dan Rakan Cegah Jenayah Daerah Machang telah diadakan dengan jayanya.  Program anjuran Pejabat Penerangan Jajahan Machang bersama PLKN Batu Jong, Kuala Krai. Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Pengarah DUN Temangan, Tuan Hj Azemi bin Mat Zin.  Dalam ucapan perasmian beliau mengingatkan kepada Wira dan Wirawati PLKN supaya faham dengan situasi hari ini kerana pucuk pimpinan hari ini menggunakan konsep 1Malaysia.  Konsep ini mengutamakan perpaduan kaum.

Dalam majlis perasmian itu juga, Pengerusi 1Malaysia Kg Pauh, Encik Mohd Salleh bin Abd Rahman mengalukan Wira dan Wirawati PLKN Batu Jong.  Setidak-tidaknya, mereka akan tahu dimana letaknya Temangan yang suatu ketika dahulu menjadi tempat perlombongan bijih besi.  Kesan peninggalan perlombongan masih lagi ada iaitu sebuah kolam terletak di belakang Kantin Sekolah Kebangsaan Temangan.  Kawasan perlombongan ini tercatit dalam buku akademik sekolah,  Setelah sekian lama ditutup perusahaan perlombongan itu, kini ianya dibuka semula.  Kesibukan mula terasa dengan hadirnya kenderaan lebar dan panjang.  Temangan juga pernah menerima pelatih PLKN  kumpulan pertama iaitu pelatih PLKN yang ditempatkan di PLKN Uitm Machang.

Komandan Kem PLKN Batu Jong, Mejar Shamsuddin bin Mohd Yusof telah menjelaskan bahawa jutaan ringgit kerajaan membelanjakan untuk melatih Wira dan Wirawati PLKN ini.  Objektifnya untuk memberi kesedaran supaya anak bangsa penghuni bumi Malaysia lebih peka dan berkualiti.  Mereka inilah yang akan menjadi pengganti untuk memimpin Negara suatu hari nanti.

Selepas perasmian, Wira dan Wirawati telah sama-sama menyertai sukaneka bersama komuniti.  Beberapa acara sukaneka telah diatur.  Penyertaan amat menggalakan.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s