SINAR HARIAN

Tinggal bawah runtuhan rumah
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 10, 2011


TEMANGAN – Seorang warga emas yang tinggal sebatang kara menjalani kehidupan yang amat daif dengan berteduh di bawah runtuhan rumah usang, miliknya di Kampung Pertok, dekat sini.

Sekali pandang, pasti ramai yang tidak percaya, apabila diberitahu ada orang yang berteduh di bawah runtuhan rumah yang dipenuhi semak samun.

Bukan tidak dipedulikan, namun Ibrahim Dollah, 74, tidak mahu berpindah ke tempat lain dan selesa tinggal di rumah yang tidak layak dipanggil tempat tinggal itu.

“Saya tidak mahu ke mana-mana, saya lebih rela tinggal di sini.

“Saya tidak mahu ke rumah orang tua, nanti saya baikilah rumah ini dengan memotong batang-batang pokok di hutan ini (bersebelahan tempat tinggalnya),” katanya ketika diajukan pertanyaan untuk tinggal di rumah orang-orang tua.

Walaupun dipujuk dan diberitahu pelbagai kemudahan yang disediakan, namun Ibrahim yang lebih mesra disapa Pak Him tetap berdegil mahu tinggal di situ.

Katanya, dia mempunyai wang (hasil bantuan yang disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk makan pakainya dan tidak memerlukan bantuan lain.

Di pondok itu juga, tiada bekalan air apatah lagi bekalan elektrik, namun mujur ada anak sungai berhampiran yang boleh digunakan untuk mandi dan minum.
Pak Him berkata, dia turut mendapat perhatian pemimpin tempatan dengan menziarahinya serta menyampaikan sumbangan.

“Sudah lima tahun saya tinggal di sini, apabila mengambil upah menoreh di kawasan berdekatan.

“Rumah usang ini runtuh akibat ribut kira-kira dua tahun lalu, dan saya mengambil keputusan untuk terus tinggal di sini apabila tiada tempat untuk dituju dan saya tiada tanah.

“Mujurlah tuan tanah ini benarkan saya tinggal di sini dan jika berkemampuan, saya keluar menoreh getah, kira-kira 100 pokok berhampiran rumah ini.

“Kalau ada yang mahu bantu, tolonglah bina rumah kecil. Saya nak tinggal di sini, tak mahu ke rumah orang tua,” katanya berulang kali.

Kesusahan hidup Pak Him turut mendapat perhatian Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub yang turun padang menziarahi dan bertanya khabar bersama pemimpin-pemimpin akar umbi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s