Perjumpaan Wanita

Anak–anak lepasan bangku sekolah menengah telah berhijrah ke Bandar atau tempat lain untuk meraih rezeki masing-masing.  Yang tinggal di kampong hanya beberapa kerat sahaja sebagai penentang kepada gejala yang tidak sihat.  Generasi baru  sentiasa berubah pergerakan tumbesarannya untuk menunggu giliran menjejaki sebagaimana abang-abang dan kakak-kakaknya sebelum ini.

Ibubapa tetap berada di kampong untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan melakukan kerja-kerja amal selain amal ibadat wajib baginya seperti solat berjemaah, aktiviti skuad Yaasin dan sebagainya.  Dalam pada itu, ibubapa ini tetap memperjuangkan keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan kampong tempat tinggalnya itu, supaya anak cucu seronok untuk balik kampong menziarahinya.  Harapan paling utama supaya anak cucunya tidak akan lupa kampong asal  yang aman damai.  Dari mana asal usul mereka sebelum mereka berada seperti mana hari ini.

Tanggal 8/11/2011 jam 9.30 malam, mereka yang bertanggong jawab terutamanya kaum wanita Kg Pauh, Taman Sri Pauh, Kg. Pertok dan Kg Baru Pertok, yang diketuai oleh Puan Rohani binti Ibrahim telah duduk semeja dengan pemimpin akar umbinya masing-masing untuk berbincang dan merangka strategi  menyelesaikan masalah-masalah tempatan di kawasan masing-masing.  Penularan gejala social telah membimbangkan mereka, bahkan akan menjadi ikutan kepada generasi baru terutama kanak-kanak.  Kehadiran pemimpin seperti Encik Wan Mohd Adnan bin Wan Abd Aziz, Naib Ketua UMNO Bahagian Machang, En. Che Abd Rahman bin Che Yahya, Penyelaras DUN Temangan, Encik Shukri bin Nordin, Pengerusi JKKKP Kg Pauh, Tuan Hj Ahmad bin Abu Bakar, Pengerusi JKKKP Pertok  dan Encik Ahmad Jiawa bin Deraman, Setiausaha JKKKP Pertok telah membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s