Sinar Harian – Rumah Tanpa Dapur, Bilik

Rumah tanpa dapur, bilik

TEMANGAN – Sebuah keluarga di Kampung Pertok, dekat sini terpaksa menumpang disebabkan tidak mempunyai rumah.

Ibu 10 anak, Khadijah Harun, 58, yang juga ibu tunggal berkata, dia tinggal di rumah tanpa dapur dan bilik yang ditinggalkan adiknya sejak berpindah dari Tanah Merah, enam bulan lalu.

Katanya, dia tidak mempunyai pendapatan dan hanya mengharap bantuan anak-anak bagi meneruskan hidup apatah lagi membina sebuah rumah.

“Di rumah ini, saya makan, memasak dan tidur di ruang sama memandangkan saiznya kecil dan air mata menitis setiap kali anak-anak pulang bercuti memandangkan tidak mempunyai cukup ruang untuk mereka berkumpul adik-beradik.

“Saya orang susah dan berpindah ke kampung untuk hidup berdekatan keluarga memandangkan saya berasal daripada kampung ini, tetapi berhijrah ke Tanah Merah setelah berkahwin.

“Saya juga tidak mampu bekerja bagi mencari rezeki atas sebab kesihatan dan hanya mampu menanam sayur-sayuran di sekitar kawasan rumah untuk bekalan makanan harian,’’ katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Khadijah berkata, dia tidak mempunyai cara lain selain merayu bantuan rumah memandangkan tidak mempunyai sumber kewangan bagi membinanya sendiri.

Katanya, setiap kali musim perayaan, anak-anak akan pulang dan berkongsi ruang sempit biarpun serba kekurangan.

“Sejak kematian suami lebih 10 tahun lalu, anak-anak dewasa membantu saya dan adik-adik yang masih belajar, namun mereka juga susah dan tidak mampu membina rumah untuk saya,’’ katanya.

Kesusahan hidup Khadijah mendapat perhatian Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub ketika turun padang ke Kampung Pertok di sini, semalam sekali gus menyampaikan sumbangan bagi meringankan kesusahan hidupnya.

Rujukan: Sinar Harian bertarikh 24/10/2011

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s