MERDEKA RAYA

MERDEKA RAYA

Pada 15/09/2011, sempena Kemerdekaaan Negara ke 54 bertemakan “1Malaysia – Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” dan sambutan Hari Malaysia,  JK DUN Temangan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah DUN, Tuan Hj Azmi bin Mat Zin telah mengadakan satu program Merdeka Raya bertempat di Dewan Hj Salleh SMK Temangan.  Program tersebut  dengan  kerjasama Majlis Keselematan Negara dan SMK Temangan diisi dengan beberapa acara yang telah ditetapkan.  Sebelum majlis dimulakan hadirin ditayangkan dengan filem pendek mengenai sejarah perjuangan sehingga kita memperolehi kemerdekaan.  Kesengsaraan semasa dipenjajahan Inggeris, penaklukan Jepun terhadap Tanah Melayu, Darurat, Penubuhan Kesatuan Tanah Melayu atau lebih dikenali ‘Malayan Union’, usaha-usaha dilakukan untuk menuntut kemerdekaan, ancaman Komunis selepas Kemerdekaan dan lain-lain lagi.

Perpaduan kaum menuntut kemerdekaan hasil persefahaman tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India diketuai oleh pemimpin masing-masing serta kaum pribumi yang ada telah membawa nikmat kemerdekaan sehingga hari ini.

Majlis rasmi dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan “Negaraku” dan Lagu Negeri Kelantan.  Bacaan doa dipimpin Encik Mohammad bin Mat Ali, guru SMK Temangan.  Pidato kemerdekaan telah disampaikan oleh Pegawai MKN Negeri Kelantan dan Pegawai BTN Negeri Kelantan.  Sebelum pidato YBhg Tuan Hj Azmi bin Mat Zin, Timbalan Pengarah DUN Temangan dan Sdra Eriandi bin Datuk Ismail, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang menyampaikan ucapan masing-masing.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik “Jalur Gemilang” dan “Keranamu Malaysia”.  Sebelum itu, majlis penghargaan kepada masyarakat tempatan terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah DUN.  Penerima penghargaan menetrima Sijil dan Pemberian Buah Tangan.  Penerima-penerima melahirkan rasa bersyukur kerana keamanan negara telah menganugerahkan nikmat sebagaimana hari ini dan mengharapkan untuk masa depan serta tidak rela keamanan hari ini dicerobohi atau didalangi untuk kemusnahan.

Diluar dewan, hadirin dipersembahkan dengan sinaran bunga api sebagai simbolik kemeriahan rakyat dalam kemerdekaan.

Tetamu undangan yang hadir ialah Pengetua SMK Temangan, Pemimpin MCA Temangan, Pemimpin MIC Temangan dan Pengerusi-pengerusi JKKKP dalam DUN Temangan serta Guru-guru SMK Temangan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s