RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1432H

Rumah Terbuka

Bertempat di Dataran TSP, Taman Sri Pauh pada 30/08/2011 jam 9.00 malam, komuniti Kg Pauh dan Taman Sri Pauh serta gabungan Jawatan Kuasa Peti Undi Kg Pauh telah mengadakan dwi-sambutan iaitu rumah terbuka Aidilfitri dan sambutan Ambang Merdeka ke 54. Motif program untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk serta meraikan kepulangan perantau yang balik sempena Aidilfitri. Program telah dipenuhi dengan jamuan hari raya, ucapan-ucapan selamat hari raya oleh pemimpin tempatan, nyanyian (karaoke) hari raya dan diakhiri dengan persembahan percikan bunga api tepat pada jam 12.00 tengah malam menandakan kita telah genap 54 tahun mencapai kemerdekaan.

Penyelaras Pemuda DUN Temangan Sdra A. Noriesyamrudien Syah menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya serta menjadi hos kepada program.

Tidak ketinggalan En. Ab Rahman, Penyelaras DUN Temangan menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada masyarakat Tmn Sri Pauh dan Kg Pauh serta perantau.

Peluang yang sama diberikan kepada Pengerusi JKKKP Mukim Pertok, Tuan Hj Ahmad Abu Bakar untuk menyampaikan ucapan yang sama.

Notis untuk perantau

Pengendali (Host) Program sedang mengendali acara.

Antara juadah yang dihidangkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s