Gotong Royong RM (Raya Merdeka) 1Malaysia

Gotong Royong RM (Raya Merdeka) 1Malaysia
Untuk menyambut perantau ’Balik Kampung”, menyedari bahawa keceriaan dan keselamatan diutamakan, kerahan oleh pemimpin tempatan telah dibuat. Dengan kesibukan disaat-saat akhir warga kampong, masih ada yang kelapangan masa telah keluar menyahut suara kerahan. Bukan untuk tujuan lain hanya semata-mata untuk menggamit perantau yang pulang dengan penuh ketenangan. Kecelaruan ketika meraikan lebaran tidak wujud oleh semua pihak.
Dengan semangat kesedaran, pada 27hb. Ogos, 2011, satu kerja pembersihan jalan dan kawasan disekitar Taman Sri Pauh telah dilakukan dengan semangat gotong royong tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sebaliknya untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang telah dibina selama ini hinggakan pada 31hb. Ogos 2011 nanti genap 54 tahun Negara kita mencapai kemerdekaan. Keamanan, keharmonian dan kesejahteraan telah ditadbir urus oleh NGO yang ada di kampong dan penempatan ini antaranya KRT Bandar Temangan, Komuniti 1Malaysia Kg Pauh dan GDW Kg Pauh termasuk badan-badan politik yang memerintah. Serta pihak-pihak berkuasa kerajaan dan lain-lainnya.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H, maaf zahir dan batin”
Serta
“Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s