PESANAN KHUSUS UNTUK WARGA KG PAUH DIPERANTAUAN

PESANAN KHUSUS UNTUK WARGA KG PAUH DIPERANTAUAN

Tanggal 9hb. Julai, 2011 menjadi tarikh keramat yang dinanti-nantikan. Semua sedia maklum satu perhimpunan haram oleh Gabungan Pilihan Raya BERSIH dan Adil 2.0 akan berlangsung di Kuala Lumpur. Dalam perhimpunan itu pasti penyokong yang ramai datang menyertainya. Bila kuantiti yang besar atau ramai itu berlaku, sudah pasti perkara diluar dugaan akan terjadi. Sudah menjadi adat kita bila perkara yang menjadi larangan sudah tentu terasa enak untuk dirasai dan ingin mencuba. Padahnya sudah barang tentu menyebelahi kita. Ingatlah, Negara kita aman dan damai. Kenapa kita hendak merosakkan darjah nikmat aman yang kita kecapi ini. Janganlah kita memasukkan pasir kedalam periuk nasi kita. Sedangkan kita tergigit sebiji pasir yang kecil dalam nasi sewaktu makan pun dah terasa ngilunya.

“Orang tua di kampung mengingatkan bahawa jangan sekali-kali merosakan Rumah Kita yang dibina selama ini. Ingatlah, untuk merobohkannya hanya mengambil masa sekelip mata sahaja. Untuk membina semula, bukan mudah dan mengambil masa yang lama.  Anak cucu kita, akan mengutuk habis-habisan kerana kealpaan kita kalau keamanan kita tergugat nanti.”

Oleh itu, warga tua di Kampung Pauh khususnya pemimpin-pemimpin yang terdiri dari Pengerusi JKKKP Mukim Pauh, Pengerusi RT Bandar Temangan, Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kg Pauh dan Penyelaras DUN Temangan serta pemimpin-pemimpin politik tempatan menyeru kepada kaum kerabat dan anak-cucu terutamanya berada di Kuala Lumpur termasuk di seluruh Negara usahlah menyertainya. Tiada apa yang diperolehi melainkan kecelakaan. Pelbagai pihak telah menyeru mengikut cara masing-masing supaya rakyat tidak menyertainya. Pesanan dan gesaan ketua Negara iaitu Titah Khas Agong telah dikeluarkan.

Kaum kerabat dan anak-cucu yang menjadi penjawat awam usahlah pergi ke tempat itu kerana risiko akan menimpa kita. Cuepacs berpesan:-

03 Julai 2011
CUEPACS MINTA PENJAWAT AWAM JAUHI DARI PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI
Bernama
3/7/2011

MELAKA, 3 Julai (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kesemua 1.2 juta penjawat awam tidak terlibat dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam tertakluk pada Etika Perkhidmatan Awam dan Aku Janji dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar.

“Jangan sesekali terlibat secara langsung bahkan jangan sesekali hadir untuk menonton (perhimpunan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, Kesatuan Pekerja-pekerja Awam negeri Melaka kali ke-33 di Ayer Keroh, di sini Ahad.

Katanya perhimpunan haram itu hanya membuang masa dan tidak mempunyai faedah atau kepentingan kepada penjawat awam.

Beliau berkata penjawat awam yang berdegil dan engkar untuk terus menghadiri perhimpunan itu, menangggung risiko sendiri tanpa pembelaan CEUPACS sekiranya mereka ditahan oleh pihak berkuasa.

— BERNAMA
Posted by CUEPACS at 9:14 PM 11 comments

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s