JALUR LEBAR KAMPUNG WIFI TAMAN SRI PAUH

JALUR LEBAR KAMPUNG WIFI TAMAN SRI PAUH

Berharap agar penduduk di Kampong Pauh khususnya Taman Sri Pauh berterima kasih kepada Kerajaan kerana cakna kepada rakyat. Dengan pemasangan Jalur Lebar ini memudahkan pelajar-pelajar mendapat maklumat untuk menyiapkan kerja-kerja tugasan sekolah. Diharap pelajar-pelajar menggunakan untuk mendapatkan bahan-bahan yang berfaedah sahaja. Internet menghidangkan atau memberi capaian kepada seribu satu perkara. Dari bidang agama sehingga kepada sosial yang boleh melalaikan. Oleh itu carilah yang berfaedah. Kemudahan ini menjadi satu kejutan kepada warga tua kerana tidak dapat menilai apa faedah yang bakal diperolehi. Kebanyakan warga tua menerima maklumat bahawa keburukan melebihi segala-galanya hingga boleh membawa kepada keganasan atau budaya songsang kepada anak-anak.

Perkhidmatan internet (wi-fi) boleh dilayari dalam kawasan sekitar 200 meter jejari sahaja untuk buat sementara. Apabila alat tambahan dipasang nanti, perkhidmatan wi-fi tersebut boleh dilayari agak meluas sedikit. Bagi pengguna yang menggunakan dalam kawasan tempat alatan penerima/pemancar, adalah diminta menjaga kebersihan tempat dan peralatan. Siapakah yang akan menjaganya kalau tidak kita yang sama-sama menjaga.

 

 

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s