SEMBANG PAGI K-1M BERSAMA PPDM

SEMBANG PAGI K-1M BERSAMA PPDM

Hari ini 14/06/2011, Komuniti 1Malaysia Kg Pauh (dahulu dikenali Komuniti Bestari Kg Pauh) telah dikunjungi oleh Pegawai dari Pejabat Penerangan Daerah Machang (PPDM) dalam acara bertemu masyarakat atau komuniti yang menjadi ahli K-1M. Program ini dinamakan sembang pagi warung kopi bertempat di Warung Kopi Depan Taman Sri Pauh. Tujuan pertemuan adalah untuk mendekati komuniti yang menghuni Kampung Pauh dan daerah Temangan pada amnya disamping ada topik-topik semasa yang dibualkan.

Logo Komuniti 1Malaysia

Dalam program sembang pagi itu, Penolong Pegawai Penerangan Daerah Machang, Encik Azmi berkata “K-1M Kg Pauh sebuah pertubuhan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang di tubuh dan diselia oleh Jabatan Penerangan Daerah Machang bagi memupuk nilai-nilai perpaduan”. “Konsep K-1M adalah satu gerakan rakyat secara sukarela, dinamik dan berwawasan berasaskan semangat gagasan 1Malaysia” tambahnya.

Penolong Pegawai Penerangan Daerah, Encik Azmi (tengah) hadir menyerikan majlis.

Hadir sama dalam program itu ialah Pengerusi K-1M Kg Pauh, Encik Mohd Salleh bin Abd Rahman, Timbalan Pengerusi K-1M Kg Pauh merangkap Penyelaras DUN Temangan, Encik Ab Rahman bin Che Yahya dan AJK K-1M Kg Pauh.

 Pengerusi K-1M (kanan) dan Timbalan Pengerusi K-1M (tengah)

 

Komuniti yang hadir terdiri dari pelbagai situasi usia, situasi profesyen dan situasi keupayaan serta latar belakang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s