MENGHARAPKAN ……………..

MENGHARAPKAN ……………..

Suhu demam Piala FA mencapai tahap kemuncak apabila tanggal 11hb. Jun tiba untuk pertarungan bak kata orang antara hidup dengan mati. Penduduk Kelate khususnya Kg Pauh dan Taman Sri Pauh menjadi penyokong kuat kepada Skuad Kijang “The Red Warriors” tidak putus-putus mendoakan supaya pasokan itu membawa balik piala yang diharapkan. Tapi perlu diingatkan bahawa perlawanan tetap ada menang dan ada kalah. Kalau tidak, tidak dinamakan perlawanan.
Menyambut suhu demam kemuncak itu, inisiatif pemimpin tempatan telah membawa ‘Big Screen’ untuk memboleh peminat berkumpul bersama-sama menonton perlawanan tersebut. Persiapan sedang dilakukan yang diketuai bersama oleh Sdra Nor Azmin bin Salleh, Sdra A.Noriesyarrudeen bin Z.Anuar dan Sdra Haslizi bin Hasni serta lain-lain dengan sokongan oleh Encik Shukri bin Nordin, Pengerusi JKKKP Kg Pauh, En. Che Abd Rahman bin Che Yahya, Penyelaras DUN Temangan dan Encik Mohd Salleh bin Abd Rahman, Pengerusi KRT Bandar Temangan.
Hujan turun pada awal malam tidak menghalang peminat bola menonton pada ‘Big Screen’. Riuh dengan sorakan tapi akhirnya HAMPA.
Biarlah apa yang terjadi pada Skuad Kijang ‘The Red Warriors’ tetapi moralnya perpaduan dikalangan masyarakat amat diharapkan. Jika tidak wujud dikalangan masyarakat, keamanan dan kesejahteraan tidak dapat dirasai. Teruskanlah keharmonian Negara demi kesejahteraan rakyat.

Pengerusi JKKKP (kiri) dan Penyelaras DUN berada di lokasi persiapan ‘Big Screen’ Piala FA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s