FUTSAL WANITA

Kata orang hobi atau minat seseorang itu tidak terjurus kepada satu perkara atau dengan kata lain dipenuhi dengan seribu kepelbagaian. Tetapi motifnya satu iaitu menghilangkan rasa kepada tekanan mental atau stress. Dengan aktiviti yang dirancang sudah pasti rasa kusut dapat dileraikan secara rohaniah.

Menyedari hakikat bahawa tekanan pemikiran terhadap golongan wanita, Perkumpulan Wanita Taman Sri Pauh/Kg Pauh telah merangka pelbagai aktiviti termasuklah penekanan terhadap kecergasan fizikal. Kumpulan ini tidak memberi tumpuan kepada satu kelompok usia masyarakat sahaja sebaliknya merangkumi semua kelompok usia dari peringkat kanak-kanak, beliawanis, dewasa dan warga emas.

Aktiviti yang dilaksanakan juga berbeza-beza mengikut kesesuaian usia dan minat masyarakat tempatan. Terkini, kumpulan tersebut mula menceburi sukan yang dianggap kelainan olehnya iaitu Futsal Wanita. Pasukan Futsal Wanita ini telah diuruskan oleh Puan Ragayah binti Mamat (Pengurus Pasukan) serta bantuan latihan teknik dan kecergasan dilakukan oleh Encik Johari bin Yasok (jurulatih) dengan dibantu oleh Encik Wan Ibrahim bin Wan Abdullah (Pembantu Jurulatih). Pasukan Futsal Wanita ini telah memulakan latihan sejak sebulan yang lalu untuk menghadapi pertembungan peringkat Parlimen Machang tidak lama lagi.

Mengikut Pengurus Pasukan, Puan Ragayah binti Mamat bahawa beliau tidak menjangkakan sukan Futsal ini memerlukan perbelanjaan yang besar berbanding dengan sukan yang lain seperti bola jarring. Bermula dengan peralatan hingga kepada gelanggang semuanya memerlukan kewangan (perbelanjaan/sewaan). Bertempat di Dewan KRT Bandar Temangan (Tmn Sri Pauh) satu perjumpaan pemain Futsal telah diadakan dan dipengurusikan oleh Puan Ragayah binti Mamat dan dihadiri bersama oleh Encik Abd Rahman bin Yahya, Penyelaras DUN Temangan; Encik Shukri bin Nordin, Pengerusi JKKKP Kg Pauh; Encik Salleh bin Ab Rahman, Pengerusi KRT Bandar Temangan; Encik Rashid bin Ibrahim, SU JKKKP dan Encik Johari bin Yasok, Jurulatih.

Puan Ragayah sedang mempengerusikan perjumpaan.
Puan Ragayah (dua dari kiri) sedang mempengerusikan perjumpaan.

Antara teras pemain yang hadir

Perjumpaan tersebut diadakan bertujuan untuk mencari penyelesaian, tindakan dan alternatif untuk mengurangkan beban masalah yang dihadapi.

Untuk itu, DENGAN PERANTARAAN LAMAN INI, rayuan sumbangan peralatan sukan tersebut dan kewangan amat diharapkan untuk kejayaan sukan Futsal Wanita dan kesejahteraan keluarga.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s