PERISTIWA PADA 31 MAC 2011 – HANYA SEKADAR CATATAN 1

Jenazah Mohd. Adam Mukriz Mohd. Afif dipangku oleh anggota keluarga untuk dihantar bagi dibedah siasat ke Hospital Machang, semalam.

 

 

BUDAK 19 BULAN MAUT DILANGGAR KERETA API

MACHANG 31 Mac – Keasyikan datuk dan nenek menambat lembu peliharaan, berakhir dengan insiden menyayat hati apabila cucu mereka yang berusia 19 bulan maut dilanggar sebuah kereta api hari ini.

Kejadian berlaku selepas budak itu dikatakan telah merangkak ke landasan yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka di Kampung Bedal, Temangan dekat sini.

Dalam tragedi pukul 8.30 pagi di Kilometer 457.5 itu, mangsa, Mohd. Adam Mukriz Mohd. Afif terpelanting lebih 10 meter selepas dilanggar oleh Tren Ekspres Senandung Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Tumpat.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Asisten Supritendan Low Lian Hay berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan mendapati datuk dan nenek mangsa sedang menambat lembu ketika itu dan tidak menyedari mangsa merangkak seorang diri ke landasan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi bilik mayat Hospital Machang apabila bapa mangsa, Mohd. Afif Jaafar, 27, tidak menyangka hasrat untuk melawat anak tunggalnya petang ini tidak kesampaian.

Dia yang bekerja dengan sebuah syarikat air di Kuala Terengganu telah mengambil cuti selama dua hari kerana bercadang pulang ke kampung isterinya itu bagi melawat Mohd. Adam Mukriz yang dijaga oleh datuk dan neneknya sejak Januari lalu.

Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada adiknya kira-kira pukul 10 pagi dan terus bergegas pulang ke kampung bersama isterinya, Norliza Mahmud, 20-an, yang dilihat masih terkejut dengan kejadian berkenaan dan enggan untuk ditemu bual.

“Saya merancang pulang ke kampung petang ini untuk melawat dia, tetapi pagi tadi dapat panggilan telefon mengatakan dia meninggalkan dunia dilanggar kereta api.

“Saya juga tidak menyangka mimpi saya terlibat dengan kemalangan dan terbunuh baru-baru ini menjadi petanda kematian anak saya,” katanya sayu.
Dalam pada itu, Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Timur, Ibrahim Sulaiman berkata, pemandu lokomotif terbabit gagal memberhentikan tren sebaik melihat bayi berkenaan merangkak di atas landasan.

“KTMB melahirkan rasa sedih berhubung kejadian berkenaan,” tambahnya.

Sumber: Utusan Online bertarikh 01/04/2011

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s