PERISTIWA PADA 31 MAC 2011 – HANYA SEKADAR CATATAN 2

BUDAK MAUT BERGESEL KERETA API

MACHANG – Mimpi seorang bapa berdepan maut tiga hari berturut-turut menjadi kenyataan apabila anaknya, Muhammad Adam Mukhriz, 19 bulan maut selepas bergesel dengan kereta api di Kampung Sungai Bedal Temangan di sini, semalam.

Mohd Afif Jaafar, 26, berkata, sejak tiga malam kebelakangan ini, dia sering bermimpi maut dalam kemalangan jalan raya namun sebaliknya apabila anak sulungnya meninggal dunia pada jam 8.30 pagi itu.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga mentuanya sejak akhir Januari lalu apabila mereka meminta dia berbuat demikian.

“Saya sendiri meminta cuti selama dua hari untuk pulang ke kampung petang ini (semalam) untuk melihatnya, namun dia telah pergi dulu sebelum sempat kami pulang.

“Kali terakhir saya berjumpanya pada akhir Januari lalu selepas menghantarnya pulang ke kampung. Kami menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) dan bergegas pulang ,’’ katanya yang tinggal di Marang, Terengganu.

Sementara itu, datuk mangsa, Mahmood Mat Daud, 58, berkata, dia dan keluarga tidak menyedari mangsa keluar daripada rumah dan menuju ke landasan yang terletak kira-kira 100 meter daripada rumahnya.

Katanya, mangsa tidak pernah berbuat demikian sebelum ini dan hanya menyedarinya apabila mendengar bunyi hon panjang kereta api.

“Apabila mendengar hon, pak cik dan neneknya yang juga berada di luar rumah berlari meluru ke arahnya, namun tidak sempat menyelamatkannya. Arwah tercampak kira-kira lima meter selepas bergesel dengan kereta api.

“Biasanya arwah bangun lewat, sekitar jam 11 pagi baru bangun, namun pagi ini dia bangun awal dan malam tadi dia berkelakuan agak pelik apabila susah hendak tidur, tidak seperti biasa. Dia seorang kanak-kanak yang baik dan mudah dijaga. Sebelum ini dia tinggal bersama ibu bapanya, namun pak cik memintanya tinggal bersama di kampung sebagai ‘penghibur’ kami, namun Allah SWT lebih sayangkannya,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Loo Lian Lay berkata, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala selepas bergesel dengan kereta api.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga mangsa untuk urusan pengebumian.

Pada perkembangan sama, Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, kemalangan melibatkan tren Ekspres Senandung Wau daripada Kuala Lumpur ke Tumpat.

Sumber: Sinar Harian Online bertarikh 01/04/2011

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s