KENANGAN ABADI

KENANGAN ABADI
Tokoh pejuang UMNO Cawangan (peringkat akar umbi di tempat kita – Kg Bedal, Kg Pauh dan Taman Sri Pauh) yang sudah dahulu meninggalkan kita. Dimana perjuangan, jasa dan pengorbanan mereka, buah fikiran, cadangan-cadangan, sumbangan tenaga dan sebagainya untuk mengisi kemajuan pasca kemerdekaan (menyambung kesinambungan pasca penyatuan orang melayu menuntut kemerdekaan dari kerajaan British) telah begitu banyak dan tidak dapat menilai hasilnya hingga membawa kepada perubahan kepada Kampung Pauh. Antaranya:-
1. Allahyarham Mohamad bin Awang
2. Allahyarham Isa bin Awang
3. Allahyarham Hasni bin Isa
4. Allahyarham Mohammad bin Mat Diah
5. Allahyarham Seman bin Hamat
6. Allahyarham Hamzah bin Hamat
7. Allahyarham Hj Mohammad bin Husain
8. Allahyarham Ab. Razak bin Muhammad
9. Allahyarham Muhammad bin Omar
10. Allahyarham Jusoh bin Puteh
11. Allahyarham Ismail bin Muhammad
12. Allahyarham Mohd Nor bin Dollah
13. Allahyarham Salleh bin Jaafar
14. Allahyarham Muhammad bin Che Muda
15. Allahyarham Ibrahim bin Che Nik
16. Allahyarhamah Rokiah binti Yusoff
Dan beberapa tokoh yang tidak dapat diingati (akan dikemaskini setiap masa), termasuklah tokoh pejuang Wanita UMNO Cawangan Kg Pauh.
Sedekah – ALFATIHAH – “Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh”

Tokoh pejuang UMNO Cawangan yang berada dalam keuzuran ialah En. Mamat bin Yaacob – Bekas Bendahari. Sekalung doa untuknya –
“ dengan harapan agar bersabar menghadapi ujian” —- Amin.

Hasil perjuangan mereka tadi telah menghasilkan beberapa kemajuan dan kemudahan untuk dinikmati oleh anak cucu hari ini, antaranya:-
1. Jalan Kg Pauh – Bedal – Bkt Sireh (dari jalan tanah merah bertukar kepada turapan tar)
2. Jalan Kg Pauh Timur ( dari tiada kepada wujudnya jalan berturap tar )
3. Penempatan baru (Perumahan Taman Sri Pauh)
4. Bekalan Elektrik Luar Bandar
5. Bekalan Air Bersih
6. Lampu Jalan Kampung
7. Sekolah Menengah Temangan
8. Sekolah Kebangsaan Temangan – bangunan lama ditukar ke bangunan 2 tingkat.
Itu semua bukan untuk kepentingan diri individu sebaliknya nikmat yang dikurnia Allah swt untuk semua maklukNya di dunia ini tanpa mengira fahaman agama dan politik. Yang diharapkan ialah perpaduan, keharmonian rakyat serta keamanan Negara keseluruhannya.
Untuk anak cucu pewaris kepada pejuang bangsa tadi, diharap berbanggalah dengan sikap dan semangat yang dicurahkan. Jangan kita cubah mengubah selera Negara kerana selera tersebut telah tercatat kemas dalam sejarah. Usahlah bermegah dengan pakaian cantik kalau tiada seinci tapak yang tercetak di bumi. Jangan termakan dengan siulan manis dan merdu yang mengulit anak bangsa supaya leka diperaduan. Satu jua hasil tidak terserlah membawa kenyataan. Jangan asyik merenung dengan gah kibaran lelayang bendera di angkasa raya kerana tanpa asas di bumi, kibaran menjadi lesu dibawa terbang jauh entah kemana. Ingatlah asas yang dikatakan itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s