Salam Untuk Warga Kg Pauh

Salam untuk Warga Kg Pauh termasuk Warga Taman Sri Pauh
Ibubapa kepada anak-anak yang baru lepas SPM dan STPM mula sibuk memikirkan hala tuju pengajian seterusnya bagi anak-anak mereka. Yang cemerlang dalam SP.M/STPM syabas untuk anak-anak kerana berhempas pulas dalam pembelajaran hingga meraih kejayaan Pastinya ibu bapa juga turut merasai kegembiraan hasil penat lelah menabur baja rezeki untuk anak-anaknya. Syabas.
Untuk anak-anak (adik pelajar) yang kurang cemerlang, usah kecewa. Mungkin kesilapan itu membangkitkan semangat kesedaran, mencambahkan tenaga baru untuk terus mengejar dengan beralih ke landasan baru untuk sama-sama berada di garisan penamat dengan genggaman yang satu iaitu KEJAYAAN. Untuk ibu bapa anak tidak cemerlang ini, usah mengeluh kecewa sebaliknya suntikan semula semangat kepada mereka sebagaimana semangat yang dipikul dalam meraih rezeki harian. Allah swt tidak menggagalkan insan di mka bumi ini. Cuma, Ia mengalihkan hala cara supaya kita tahan di uji.
Oleh itu, marilah kita sama-sama berfikir untuk mencorakkan masa depan negara untuk anak cucu kita berfomulakan apa yang kita rasai pada hari ini. Bandingkan kejayaan masyarakat dalam kelompok kecil dengan masyarakat dalam kelompok yang besar.
Fikir-fikirkanlah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s